Tuesday, April 21, 2009

HARI PERTAMA KELAS KEDAP


Kelas KEDAP SK Sungai Danga telah dimulakan pada 14.4.2009 ( SELASA ) bertempat di Perkampungan Orang Asli Sungai Temon . Seramai 25 orang telah mendaftar sebagai pelajar kelas dewasa ini. Acara dimulakan dengan menandatangani borang maklumat peserta . Seterusnya Puan Guru Besar , Puan Hajah Ta'siah Binti Mohd Salleh telah menyampaikan taklimat kepada para peserta .
Kegembiraan terbayang diwajah masing-masing . Para peserta program telah diberikan peralatan alatulis seperti buku , pensil , beg , pembaris , penggorek dsbnya .
Setelah itu , Cikgu Asmuni selaku penyelaras program telah menyampaikan taklimat ringkas dan mengadakan ujian diagnostik kepada para peserta . Walaupun para peserta tidak mengenal huruf tetapi kesungguhan mereka amat mengagumkan .

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

BELAJAR BAHASA ASLI SELETAR

Disini disertakan beberapa bahasa seletar yang mudah difahami:

makan - man
minum - nimum
air - aheq
anjing - angguk
babi - isum
biawak - jog
monyet - pink
pokok - kayu
kasut - sepatuq
nama - namak

akan disambung lain kali

Monday, April 20, 2009

SEJARAH KG ORANG ASLI SG TEMON , JOHOR BAHRU

Perkampung ini terletak dalam kawasan Bandaraya Johor Bahru . Berhadapan dengan Danga Bay . Mengikut jalan darat melalui Taman perling hanyalah lebih kurang 15 kilometer ke bandar Johor Bahru . Kampung ini juga boleh dilalui melalui jalan laut dengan menaiki bot ke Pantai Lido mengambil masa 10 minit sahaja .

Perkampungan orang Asli Kampung Sungai Temun telah wujud pada tahun 1985 ditanah rezab laut. Ia diketuai oleh seorang Tok Batin, antaranya Tok Batin Kassim, Tok Batin Palon dan dan sekarang Tok Batin Salim. Penduduk di kawasan ini lebih kurang 200 orang daripadal ebih 40 buah keluarga.

INFO PROGRAM KEDAP

Program Kelas Dewasa Untu Ibubapa Murid Orang Asli adalah sebahagian daripada program yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran . Program KEDAP ini telah diputuskan dalam mesyuarat FOCUS GROUP pembasmian Kemiskinan bil 5 / 2007 pada 23 November 2007 di Pengerusikan oleh Ybhg Tan Sri Mohd Sidek , KSU Negara .

Tujuannya adalah untuk membasmikan buta huruf di kalangan Orang asli seluruh Malaysia .Peserta program KEDAP ini diberikan beberapa elauan iaiatu elaun gantian kehilangan pendapatan , elaun makan , elauan alatulis , elaun kesihatan dan lawatan sambil belajar.